24 March 2018
"AKAN ADA YANG CINTA & SAYANGMU TANPA BUAT-BUAT" - INTAN LIANA
Kemelut rumah tangga Ude Wahid dan Intan Liana sudah berakhir kelmarin apabila mereka disahkan bercerai dengan talak satu.
Namun apa yang mencetuskan kemarahan netizen, dakwaan Ude mengenai punca perpisahan itu. Turut merasa terkilan, Intan yang terkejut dengan kenyataan Ude mengatakan rumah tangganya sudah retak dua tahun lalu.
Antara paling membuatkan netizen bengang adalah ketika Ude mengakui sudah lama tawar hati dengan Intan dan rumah tangga mereka mempunyai masalah yang berlanjutan selama lebih dua tahun.
Intan juga terkejut dengan kenyataan bekas suaminya itu dan tidak pernah berniat untuk menagih simpati ataupun meraih publisiti dengan membuat drama air mata.
Klik untuk gambar besar
Menerusi Insta Story, Intan telah meluahkan rasa kekesalan dan sempat berpesan kepada bekas madunya, Izreen Azminda.
Berhubung kenyataan yang dikongsi, ternyata Intan sudah fobia untuk mengenali cinta hati. Walaupun sudah berakhir dengan perpisahan, namun dia tetap menerima takdir sekiranya tiada jodoh.
Kenyataan itu cukup menggambarkan perasaan Intan yang teramat kecewa dengan sikap Ude. Namun dalam masa sama, Intan seolah bersyukur dengan perpisahan ini dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.
Ibu dua orang anak ini juga akan lebih berhati-hati dalam percintaan kerana tidak sanggup melukai hati buat kali kedua.
Biarpun tidak menyebut sebarang nama, namun ramai mengaitkan kenyataan itu ditujukan untuk bekas suaminya. Ramai menganggap Ude sanggup mereka alasan bodoh demi mempertahankan isteri tunggalnya, Izreen.
Terdahulu, Ude mendakwa Intan menipu apabila memberitahu beliau tidak mengetahui punca perpisahan mereka sedangkan rumah tangganya sudah bergolak sejak dua tahun lalu. Malah Ude juga meminta Intan berhenti main 'drama air mata' di media.
Betul kata orang, wanita ini diberikan kesabaran yang tinggi meskipun melalui pelbagai dugaan. Hati wanita juga sangat lembut dan berharga bak berlian.
Pun begitu, kalau sudah berkali-kali dilukai, tiada siapa yang akan dapat jangka apa yang bakal berlaku.
www.myartis.com / Sumber: Intan Liana Instagram
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment