21 March 2018
FOTO BABY SITI NURHALIZA - JURUSOLEK MINTA MAAF SEBARKAN
"Saya mengaku bersalah dan sudah meminta maaf secara terbuka. Saya sendiri terkilan dan tidak tahu perkara itu sesuatu yang dirahsiakan.
"Saya akui terlalu fanatik dengan penyanyi itu dan ingin berkongsi kegembiraan dengan orang lain," kata jurusolek, Wan Noor Akmal Wan Yusof yang tampil meminta maaf secara terbuka tentang kesilapannya terhadap penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
Hasrat murni jurusolek tersebut untuk berkongsi kegembiraan dengan memuatnaik gambar cahaya mata sulung Siti itu telah mengundang padah apabila dia dikecam netizen.
Sebelum ini, gambar anak perempuan penyanyi lagu 'Segala Perasaan' itu menjadi perhatian apabila ia tular di media sosial tidak sampai 24 jam penyanyi itu bersalin secara pembedahan.
Klik untuk gambar besar
Gambar berkenaan dikongsi Wan Noor Akmal selepas dia menerimanya dari seorang rakan di WhatsApp. Bagaimanapun, status dan gambar itu dipadamkan selepas menerima kecaman netizen.
Gara-gara tindakan itu, netizen lain mengambil pendekatan menyebarkannya di laman sosial masing-masing menyebabkan ia terus menjadi tular.
Dalam pada itu, dia menafikan dakwaan tindakannya adalah bertujuan mengambil kesempatan. Selain itu, dia juga mengaku terpaksa menutup akaun Facebook buat sementara bagi meredakan kemarahan orang ramai.
"Ramai yang salah anggap bahawa saya nak ambil kesempatan tapi tidak. Saya tiada niat sebegitu," tuturnya.
Siti bergelar seorang ibu selepas melahirkan bayi yang dinantikannya setelah hampir 11 tahun di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin lalu.
Penyanyi nombor satu Malaysia itu melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi. Dalam masa seminggu, bayi berkenaan akan menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.
Selepas kelahiran itu, Datuk K mengumumkan akan berkongsi wajah dan nama sebenar bayi mereka dalam satu sesi khas namun hasrat itu musnah.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment