21 March 2018
UCAPAN ANNIVERSARY KE-2 JIHAN GELETEK HATI PEMINAT
Peminat pelawak, pengacara dan pelakon Jihan Muse mula melontarkan pertanyaan bilakah dia akan memperkenalkan anak sulung yang merupakan bayi lelaki itu selepas hampir dua bulan bersalin.
Pertanyaan itu dibuat peminat menerusi Instagram selepas Jihan memuatnaik gambar dan kapsyen bersempena ulangtahun perkahwinannya yang kedua dengan pelakon Ungku Hariz.
Rata-rata melahirkan rasa tidak sabar untuk melihat wajah anak pasangan itu yang namanya juga masih belum didedahkan kepada umum.
Bagaimanapun, pasangan ini hanya menggunakan nama 'Baby Ninja' untuk panggilan bayi lelaki mereka itu.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, ucapan Jihan bersempena ulangtahun perkahwinannya itu menggeletek hati peminat apabila dia menulis menggunakan bahasa istana dengan membahasakan dirinya sebagai beta.
Menerusi kapsyen itu, Jihan meminta 'rakyat' bergembira dan senyum sepanjang hari bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya dengan Ungku Hariz.
"Wahai sekalian rakyat siber! Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang kedua ini beta titahkan semua rakyat bergembira dan senyum sepanjang hari," tulisnya.
Malah Jihan meminta pengikutnya agar memaafkan semua orang, bersihkan hati dan hidup dengan bahagia.
"Maafkan semua orang, bersihkah hati dan hidup dengan bahagia. Kalau sakit hati sangat simpan sambung esok. Hari ini matikan segala bad mood, bad vibes dan bad mouth.
'Marilah jadi 'citizen of net' yang baik. Jangan lupa selit doa untuk kebahagiaan kami sekeluarga juga ya. Sekian dari balairung sewa. Assalamualaikum," tulisnya.
Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Jihan muse IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment