31 March 2018

"GEMBIRA DENGAN DIRI SENDIRI, KUAT MELAWAN" - NEELOFA


"Campaklah fitnah apa pun, kecaman apa pun, itu adalah peluang saya belajar kenali diri lagi. Saya bersyukur Allah datangkan ujian yang tersirat dengan hikmah yang maha besar," kata pelakon dan pengacara, Noor Neelofa.





Meskipun dikecam, Neelofa memberitahu yang dia bersyukur kerana sentiasa diberi peluang untuk belajar mengenali dirinya dan ada hikmah disebalik kejadian.

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti pasti akan terpalit dengan gosip dan kontroversi. Awal tahun ini, nama Neelofa sudah ditimpa satu demi satu kontroversi yang mengundang pelbagai kecaman daripada netizen.

Namun, setiap fitnah dan kecaman yang diterima sedikit pun tidak membuatkan Neelofa berduka. Malah, usahawan berjaya ini terus berdiri ke hadapan dan buatkan dirinya lebih kuat.



Klik untuk gambar besar
"Saya gembira dengan diri sendiri, dengan kehidupan dan dengan apa yang ada. Apa pun yang telah terjadi, saya tahu kritikan tetap akan datang. Kekal positif dan kuat melawan itu semua.

"Saya belajar mengenali dengan lebih dalam siapa diri sendiri. Nilai hidup yang dimiliki, kekurangan dan kelebihan. Apa pun orang cakap, tak ada yang boleh mematahkan saya," tuturnya.

Tidak dinafikan, Neelofa bukanlah calang-calang wanita kerana beliau bukan sahaja dikenali dalam bidang seni tetapi melakar kejayaan sendiri menerusi perniagaan yang diusahakannya.

Ambil lah sisi positif Neelofa sebagai inspirasi untuk wanita lain mencapai kejayaan mereka sendiri.










www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: