30 March 2018

JANTINA ANAK KE-3 - MEMEY & SUAMI BAKAL TIMANG BABY GIRL


Pelakon Memey Suhaiza yang kini sedang hamil anak ketiga itu telah mengumumkan di laman Instagram bahawa dia dan suaminya, Norman Hakim bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.





Dalam muatnaik itu, Memey berkongsi gambar dirinya bersama doktor selepas melakukan imbasan 6D, kelmarin.

"Alhamdulillah, hari ni saya happy sangat. Antaranya saya teruja buat 6D scan. Jujur ini pengalaman pertama saya masa @awishzarisz mummy tak sempat buat. Best sangat rupanya.

"Siap tanya doktor boleh buat selalu ke sebab detail scan 6D ni kita boleh tau terperinci keadaan baby setiap anggota dan tahap kesihatan baby.

"Semuanya dijelas satu per satu setiap anggota baby dan yang paling penting saya dah dapat confirmkan jantina baby saya. Kalau sebelum ini tak sure kan?

Klik untuk gambar besar


"Kali ini jelas Alhamdulillah. Saya dapat baby Girl. Terima kasih pada semua yang mendoakan," tulisnya.

Melalui perkongsian itu, rata-rata pengikut Memey melahirkan rasa tidak sabar menantikan kelahiran bayi itu dan berdoa agar Memey serta kandungannya berada dalam keadaan sihat.

Untuk makluman, Norman dan Memey dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Manakala melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun.








www.myartis.com / Sumber: Memey Suhaiza IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: