21 March 2018

HADIR PERBICARAAN CERAI - OPICK ADA ISTERI KETIGA?


Penyanyi lagu-lagu ketuhanan berasal dari Indonensia, Opick, sekali lagi dikaitkan dengan isu panas yang melibatkan konflik rumah tangganya dimana dirinya didakwa punyai isteri ketiga.





Sehari selepas isteri keduanya, Wulan Mayasari meninggal dunia, Opick dilaporkan menjalani prosiding di mahkamah ekoran kes perceraian yang difailkan isteri pertama, Dian Rositaningrum.

Perkara itu timbul apabila pihak media di Seberang bertanyakan kepada peguam bela Dian, Roma Ananda, sejurus usai menghadiri prosiding kedua kes perceraian Dian dan Opick Mahkamah Agama Jakarta Timur, pada Selasa.

Roma bagaimanapun tidak menyangkal mahupun atau mengiyakan persoalan tersebut.

"Itu nanti dijawab sama Bu Dian langsung mungkin ya. Sekarang mikirnya berkabung dulu kita," jawab Roma.

Dalam pada itu, Roma juga mengatakan dalam isi surat kandungan permohonan cerai tersebut banyak faktor yang membuatkan Dian nekad memutuskan mahu bercerai dengan Opick.


www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: