06 March 2018

HIKMAH BAKAL BERCERAI - REZEKI INTAN LIANA DATANG MENCURAH


Segala kontroversi beliau bakal diceraikan nampaknya ada hikmah disebaliknya apabila rezeki madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh semakin murah selepas mendapat beberapa tawaran menjadi model muslimah.





Intan tidak pernah menyangka penderitaan yang ditanggung akan membuka pintu rezeki buat dirinya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan peluang pekerjaan kepadanya.

"Alhamdulillah, rezeki saya menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah selepas apa yang berlaku. Saya tak sangka berita itu mendapat liputan yang luas.

"Apa-apa pun, saya nak mengucapkan terima kasih pada pihak yang sudi menawarkan saya kerja. Buat masa ini, saya hanya terima satu tawaran terlebih dahulu iaitu model untuk tudung.

Klik untuk gambar besar


"Selebihnya masih dalam perbincangan. Saya minta tolong kakak untuk uruskan perkara itu sebab ini kali pertama saya dapat tawaran tersebut. Saya tak tahu sangat mengenai bidang peragaan," katanya.

Menurut Intan, beliau mungkin akan meneruskan kariernya sebagai model muslimah selepas ini tetapi buat masa ini beliau mahu memberikan fokus kepada urusan perceraiannya bersama Ude Wahid.

"Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan teruskan karier itu. Tapi tengok pada keadaan dan apa-apa pun biar urusan perceraian itu selesai dahulu.



"Selepas semuanya selesai, barulah saya boleh fikir tentang pekerjaan tetap atau secara bebas," kata Intan yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.

Intan juga semakin rancak berniaga, beliau bakal mengeluarkan produk gincu jenamanya sendiri dan turut menerima tawaran untuk menjadi duta produk.

Untuk makluman, Intan bakal diceraikan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 22 Mac depan.



Kehidupan Intan dan Ude yang berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak, Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1, menjadi sensasi apabila suaminya itu berhajat menceraikan dia.

Manakala perkahwinan dengan Izreen dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama pada 8 Ogos tahun lalu.

Kami harap Intan terus tabah dan kuat atas apa yang berlaku. Setiap yang terjadi ada hikmahnya tersendiri dan tidak selamanya anda akan bersedih.

Sekarang pun sudah terbukti bahawa pintu rezeki buat beliau menyara diri dan anak-anak terbuka luas. InshaAllah satu hari nanti Intan akan mengecapi kebahagiaan.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: