Baru-baru ini menerusi laman Instagram, Datin Paduka Eina Azman telah berkongsi foto saat manis bersama suami tercinta Datuk Paduka Kaiser Gurmeet ketika menikmati percutian di Itali dan sempat berkunjung ke Venice.

Venice yang terkenal sebagai kota romantis dengan pemandangan indah itu sememangnya sesuai untuk pasangan suami isteri melakar memori indah di sana.
Namun begitu, foto mereka bercumbu di atas gondola mendapat kritikan daripada netizen yang rata-ratanya berpendapat foto seperti itu agak tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum.
Kata netizen, aksi tersebut kurang sopan dan tidak perlu untuk terlalu menayang kemesraan bersama.
Bagaimanapun, tidak semua yang mengecam Eina apabila ada juga yang memberikan komen positif dan mendoakan kebahagiaan mereka suami isteri kekal sehingga ke akhir hayat.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________

No comments:
Post a Comment