07 March 2018

SUAMI NAFI DERA, MAHU AJAR NGAJI, SOLAT - ZIANA ENGGAN ULAS


Suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, semalam telah didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.





Mengikut pertuduhan, Armin yang kini tidak berkerja didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Armin yang mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin itu menjelaskan bahawa tindakan yang dilakukannya itu adalah untuk mengajar anaknya mengaji dan solat.

"Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal. Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai ibu yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital," jelasnya.

Melalui portal berita itu juga, laporan polis dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum suaminya itu ditahan polis bagi membantu siasatan, Jumaat lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.



Raja Noor Adilla kemudiannya menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.

Sementara itu, Ziana ketika ditanya berhubung perkara itu memberitahu yang ia terlalu peribadi untuk diceritakan.


"Saya tak boleh komen lanjut sebab kes mahkamah. Ini terlalu peribadi. Doakan yang terbaik," tuturnya mengenai suaminya yang didakwa memukul anak kononnya untuk mengajar solat.

Di akaun penyanyi itu juga penuh dengan kata-kata nasihat oleh peminat. Selain nasihat, ada juga membuat spekulasi bahawa rumah tangga pasangan itu bermasalah sepertimana laporan dibuat sendiri oleh Ziana.

Dalam pada itu, netizen juga turut mempersoalkan kenyataan mempertahan diri Armin mengenai tindakannya yang memukul anak pada pukul 4 pagi, atas dasar untuk mengaji dan solat.

Apa-apapun, kita nantikan sahaja perkembangan seterusnya lagi.







www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: