07 March 2018

MENANG SAMAN - MARIA FARIDA TERIMA GANTI RUGI RM400K


Pada Isnin lalu, usahawan kosmetik iaitu Hadijah Mohamed Mokhtar atau lebih dikenali dengan nama Karen Rahman dan anak perempuannya, Nur Shazleen Anis Mohd Yusoff diperitahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 kepada Maria Farida atas kesalahan memfitnah pelakon itu.





Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memerintahkan Karen membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 manakala anak perempuannya membayar RM100,000 kepada Maria atau nama penuhnya Maria Faridah Atienza, 48.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas kedua-dua defendan gagal menghadirkan diri pada perbicaraan kes itu. Kedua-dua defendan turut diperintah membayar kos RM50,000 kepada Maria.

Dalam pada itu, mahkamah turut menolak saman balas yang dibuat Karen terhadap Maria yang didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah menerusi sebuah program hiburan 25 Oktober 2015.

Klik untuk gambar besar


Maria memfailkan saman terhadap Karen atau lebih dikenali sebagai Karen Rahman dan Nur Shazleen pada 30 Disember 2016 atas dakwaan fitnah terhadapnya di Instagram, Facebook dan sebuah portal.

Pelakon itu juga turut memohon perintah injuksi bagi menghalang Karen dan Nur Shazleen daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang boleh merosakkan reputasinya.

Dia juga memohon perintah menghalang kedua-dua defendan daripada menghubungi termasuk menerusi panggilan telefon, mesej, media sosial atau apa sahaja medium komunikasi melainkan peguamnya.

Maria juga menghalang Karen daripada menggunakan atau menerbitkan gambarnya bagi tujuan mempromosi sebarang produk syarikat wanita itu.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: