07 March 2018

TANDA BOIKOT - PEMINAT TEGAR BAKAR TUDUNG NEELOFA


"Saya sangat kecewa dengan kamu, Lofa. Ini bukti saya bukan beli dari pasar borong ke, pasar malam sekalipun. Paper bag kamu pun saya simpan lagi Lofa. Resit pun ada tapi dah kabur, anak tudung pun ada”





"Ini yang saya selalu pakai Lofa, saya suka sangat yang ni," kata wanita di dalam video yang dirakam secara live sambil membakar tudung jenama Naelofar Hijab tanda protes dengan tindakannya baru-baru ini.

Baru-baru ini, rakaman video seorang individu bernama Anne Zuraini yang bertindak membakar tudung Neelofa kerana terlalu berang dengan wanita itu. Aksi beliau juga turut disiarkan secara live di Facebook milik beliau.

Disebabkan tindakan kurang bijak itu, dia telah dikritik oleh ramai netizen yang menganggap ianya merupakan satu pembaziran semata-mata.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, beberapa netizen turut beranggapan bahawa pelakon drama 'Suri Hati Mr. Pilot' itu pasti tidak kisah dengan perbuatan wanita tersebut yang membakar tudungnya sendiri.

Malah, usahawan itu langsung tidak akan mengalami apa-apa kerugian dengan perbuatan wanita itu kerana sebaliknya dia sendiri yang telah mengalami kerugian dengan membakar tudung itu.

Benar, sebelum ini ada beberapa dakwaan yang menggesa supaya rakyat Malaysia memboikot produk yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan sebagai tanda tidak bersetuju atas tindakan tidak masuk akalnya itu.

Namun tidak bermaksud kita perlu melakukan perkara yang sia-sia ssrta membazir seperti itu.



Bagaimanapun, Anne turut membalas semula persoalan yang diajukan kepadanya tentang tujuan utama dia membakar kesemua tudung itu.

"Disoal lagi ape sebab saya bakar? Jawapannya saya taknak bawa nama yang ada pada tudung tu merata-rata. Disoal lagi kenapa tak sedekah sahaja.

"Saya takkan sedekah tudung yang ada nama dia sebab saya taknak pemakai tudung tu bawa nama yang ada kat tudung tu merata-rata," tulisnya di posting seterusnya.

Apa pun, jika tak suka dengan caranya itu, lebih baik sedekahkan saja tudung tu pada orang lain daripada dibakar sehingga menjadi abu







ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: mynewshub


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: