15 March 2018

IBU DIKECAM DEDAH WANG HANTARAN - ELFIRA LOY PUTUS ASA


Bapa pelakon Elfira Loy sebelum ini tegas meminta penyanyi Sufian Suhaimi tidak memanjangkan isu putus tunang, namun kini ibu Elfira pula yang panjang lebar meluahkan rasa tidak puas hati, sekaligus mengiyakan andaian orang ramai berhubung wang hantaran sebagai punca.





Bagai membuka pekung didada, Elfira tetap mempertahankan kenyataan ibunya di media sosial biarpun ramai mengkritik sikap ibunya yang dilihat masih tidak 'move on'. Menerusi Instagram pula, Elfira meluahkan rasa putus asa.

Tidak pasti luahan itu ditujukan kepada peminat atau keluarganya sendiri namun ia jelas menunjukkan Elfira sudah penat melayan spekulasi mengenai isu pertunangannya yang masih menjadi perbalahan ramai.

Baru-baru ini melalui akaun Twitter dylawok, beberapa screenshot yang didakwa adalah dari ibu Elfira sendiri telah dikongsikan.

Klik untuk gambar besar


Menerusi Insta Story, ibu Elfira ada menulis seolah menyindir Sufian mengenai wang hantaran yang tidak mampu ditunaikannya walaupun sebelum ini perkara tersebut sudah dinafikan oleh penyanyi lagu 'Terakhir'itu sendiri.

Selain itu, ibunya juga ada menyebut mengenai sejarah Sufian sebelum ini yang pernah tinggalkan wanita lain sebelum mengambil anaknya.

Tidak tahu bila perkara ini akan berakhir, namun jika benar apa yang ditulis untuk pihak yang didakwa sebagai ibu Elfira tersebut, sedikit sebanyak perkara ini bagai membuka sedikit demi sedikit apa sebenarnya yang menjadi punca perpisahan pasangan ini.



Sehingga kini, pihak keluarga Sufian masih belum dilihat mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara yang terjadi.

Moga perkara ini dapat diselesaikan dengan pantas tanpa perlu memanjangkan lagi kisah yang sebelum ini sememangnya tidak diketahui ramai.

Rasanya hal ini tidak akan berpanjangan kalau kedua pihak tidak terus meluahkan kenyataan di media sosial.

Sebagai orang tua yang mempunyai anak selebriti pasti segalanya diperhatikan. Jika tidak mahu peminat 'membawang' kena berhati-hati apabila berkata-kata.








www.myartis.com / Sumber: @dylawok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: