15 March 2018

AURAT: PEMINAT DM SHUKRI YAHAYA TEGUR - ISTERI 'BENGANG'


Baru-baru ini, peminat kepada Shukri Yahaya telah menghantar mesej peribadi di akaun Instagram untuk meminta pelakon itu menegur isterinya, Tya Adnan tentang aurat.





Menerusi Insta Story, isteri Shukri telah meluahkan rasa 'bengang' apabila 'diserang' oleh peminat suaminya berhubung auratnya.

Tya terkejut dengan tindakan peminat itu yang mahu beliau menutup aurat dengan betul. Semuanya gara-gara Tya memuatnaik gambar beliau memakai turban di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Menurut Tya, Shukri mengetahui setiap perkara yang beliau lakukan termasuklah apa sahaja yang dimuat naik ke laman sosial.

Bersabarlah Tya, dah namanya isteri seorang selebriti pasti anda akan menjadi tumpuan juga dan menjadi mangsa kritikan orang lain tanpa mengetahui perkara sebenar.

Kami yakin Shukri tahu macam mana hendak mendidik isterinya. Kalau hendak tegur, mengapa tidak bertanya terus kepada Tya sahaja?






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: