15 March 2018

TINGGALKAN EX-GF DEMI ELFIRA - SUFIAN NAFI BALASANNYA


"Saya harap tidak ada lagi pertanyaan daripada media mengenai isu putus tunang yang sudah berlalu itu. Tolong hentikannya, apapun, saya mohon maaf.





"Saya juga mengharapkan tiada spekulasi lain ditimbulkan mana-mana pihak berhubung isu ini lagi," kata penyanyi Sufian Suhaimi, 26, yang tidak mahu dianggap orang yang memanjangkan cerita.

Dalam masa sama, Sufian menolak dakwaan netizen yang mengatakan apa yang berlaku adalah pembalasan buat dirinya kerana meninggalkan bekas kekasih demi mengejar cinta pelakon Elfira Loy.

"Bagi saya, apa yang dilalui itu adalah cara Tuhan menegur dan beri peringatan kepada saya. Bahkan, pada masa sama saya juga yakin ada hikmah yang baik buat saya nanti," tuturnya

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, netizen mengecam Sufian sebagai seorang yang lupa diri dan sanggup meninggalkan wanita yang banyak menyokong beliau ketika masih belum popular untuk bercinta dengan seorang selebriti.

Namun, Sufian menjelaskan hubungan beliau dengan bekas kekasih sudah lama berakhir sebelum beliau mengenali Elfira.

Ditanya juga sama ada dia sedia bersemuka dengan Elfira selepas secara rasmi putus tunang pada 18 Februari lalu di dalam satu majlis hiburan, Sufian berkata dia tidak ada masalah dan boleh bersikap profesional memandangkan industri hiburan tanah air pun kecil.

Selain itu, Sufian memberitahu dia juga tidak akan menutup hati untuk menerima cinta baru meskipun bukan dalam tempoh sekarang.



"Soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya tidak ada jawapan untuk mengatakan tidak akan bercinta lagi pada masa akan datang.

"Seandainya akan bertemu jodoh juga dengan individu yang membina kerjaya dalam industri seni, saya terima apa yang sudah ditetapkan Allah SWT," ujarnya.

Selain single terbaru 'Di Matamu' yang kini tular di platform digital dan media sosial, Sufian juga makin popular dengan lagu Terasa Ada.

Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya majlis bersejarah mereka berlangsung pada bulan ini.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: