Baru-baru ini, gara-gara kisah berkaitan rumahtangga yang melanda, pelakon Izreen Azminda kini bukan lagi duta bagi produk kecantikan 'Meeracle' apabila kontraknya ditamatkan dan tidak akan disambungkan.

Dalam satu kenyataan mengatakan yang pihak Meeracle tidak menyambungkan kontrak tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Izreen sebelum ini turut memadam akaun Instagramnya dan perkara tersebut turut dilakukan oleh suaminya yang dikenali sebagai Ude.
Apa yang pasti, jika akaun mereka masih lagi wujud, pengguna laman sosial pastinya menjadikan ia sebagai tempat melepaskan geram sekaligus memberi impak kepada hubungan dengan jenama yang dibawa oleh seseorang selebriti.
Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, kenyataan bekas isteri pertama Ude iaitu Intan Liana ternyata menyentuh ramai hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila Ude mahu menceraikannya namun Intan masih menghormati suaminya dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
Ramai yang ternantikan bagaimana kesudahan kisah ini dan pastinya Izreen mahu pun Ude memerlukan ruang dan masa sendiri dalam mententeramkan keadaan. Apapun, semoga Intan tabah menghadapi dugaan.



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya
________________________

No comments:
Post a Comment