03 March 2018

LAGU SUFIAN SUHAIMI 'DI MATAMU' TERIMA LEBIH 1 JUTA TONTONAN


Sehingga kini kisah terputusnya ikatan pertunangan penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy masih menjadi perbualan hangat netizen.





Malah lagu terbaharu Sufian berjudul 'Di Matamu' ini turut dikaitkan tentang perjalanan hubungan mereka.

Lagu tersebut terbukti menarik minat masyarakat apabila ia menerima lebih satu juta kali tontonan di YouTube sejak dimuatnaik pada 26 Februari lalu.

Sedutan lagu yang dinyanyikan oleh Sufian itu asalnya dimuatnaik di laman Instagram, kemudian digubah semula oleh pemilik akaun Lirik Kipidap dan menjadi trending nombor tiga minggu ini.

Lagu itu dijangka akan dilancarkan pada 23 Mac ini iaitu tarikh sepatutnya dia dan Elfira mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata pelayar berasakan lagu tersebut seakan-akan menceritakan perjalanan hidup Sufian yang terpaksa melupakan orang tersayang kerana jodoh tidak panjang.

Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Terakhir' itu memberitahu lirik lagu itu hanya kebetulan sama dengan perjalanan hidupnya.

Sufian memberitahu lirik lagu terbaharunya itu dicipta pada pertengahan tahun lalu dan bukanlah selepas berakhirnya kisah pertunangannya dengan Elfira.

"Sebenarnya lirik lagu tersebut dah ada sejak tahun lalu lagi. Memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.



"Bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut.

"Lagu itu juga sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan sahaja," ujarnya.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: