03 March 2018

TAHNIAH - AINAN TASNEEM & SUAMI SELAMAT TIMANG ANAK SULUNG


Pada jam 7.12 pagi semalam, penyanyi Ainan Tasneem telah selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang bayi perempuan. Ainan mengesahlan berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.





Penyanyi lagu 'Aku Suka Dia' itu bersyukur kerana bayinya dilahirkan dengan selamat dan sihat seberat 2.91 kilogram (kg).

Isteri kepada Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi itu memberitahu melahirkan bayinya secara normal dan proses kelahiran itu berjalan dengan mudah.

"Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.. Syukur pada Allah di atas nikmat kelahiran yang diberikan ini.

"Alhamdulillah Ainan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pagi hari jumaat yang mulia ini.

Klik untuk gambar besar


"Ainan bersalin secara normal dan bayi selamat keluar dari rahim ini tepat pada pukul 7.12 pagi tadi dalam keadaan yang sihat dengan berat 2.91 kg.

"Terima kasih diatas berkat doa kalian semua, proses kelahiran ini berjalan dengan mudah sekali. Semoga anak ini menjadi anak yang solehah dan penyejuk mata ummi dan abuyanya, Aamiin Allahumma Aamiin.. Terima kasih semua," tulisnya.

Rata-rata pengikut IGnya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Ainan dan bayinya sihat selalu.

Untuk makluman, Ainan berkahwin pada Januari tahun lalu dan penyanyi itu mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari bidang seni selepas berkahwin.








www.myartis.com / Sumber: Ainan Tasneem IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: