19 March 2018

MENANTI 11 TAHUN LEBIH - SITI NURHALIZA KINI BERGELAR IBU


Alhamdulillah... saat yang dinantikan oleh penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk bergelar ibu akhirnya termakbul apabila selamat melahirkan anak sulungnya kira-kira jam 8.17 pagi hari ini (19.3.18)





Difahamkan, Siti dan suaminya, Datuk K menimang cahaya mata perempuan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Dalam perkembangan yang dikongsikan melalui Instagram miliknya itu, bayi dilahirkan itu secara pembedahan.

"Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Klik untuk gambar besar


"Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

"Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya,' jelas pengurus Siti, Rozi Abdul Razak, dalam kenyatannya di Instagram.

Pastinya peminat tidak sabar-sabar untuk menantikan cahaya mata pertama pasangan ini. Apapun, semoga segala urusan Siti dan juga keluarga dipermudahkan.

Untuk makluman, Siti dan Datuk K atau nama penuhnya Datuk Khalid Mohamed Jiwa bernikah pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Perseketuan.














www.myartis.com / Sumber: Siti Nurhazliza IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: