20 March 2018

ISU SUAMI ORANG: "JANGAN SEMBUNYI, TUNJUK DIRI" - FATIN AFEEFA


Sebelum ini, seorang wanita menerusi laman sosial Twitter telah menulis kenyataan termasuk mendakwa pelakon Fatin Afeefa menjalin hubungan dengan suaminya dalam sebuah foto bercumbu yang tersebar di media sosial.





Fatin menerusi portal Kosmo Online juga menjelaskan beliau tidak pernah menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang dan meminta pihak yang mendakwa beliau sebagai perampas mendedahkan identitinya yang sebenar.

Kata pelakon 'Tentang Bulan' itu, sekiranya semua perkara itu adalah benar, wanita tersebut perlu tunjukkan diri dan jangan bersembunyi di sebalik akaun palsu.

"Orang yang memberi kenyataan tersebut berselindung di sebalik akaun palsu, jadi apa tujuannya? Kalau betul, keluarkan diri dekat umum. Jangan sembunyikan diri anda," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Berputar pada topik yang sama, persoalan mungkinkah ada individu tertentu cuba mensabotaj dirinya sehingga keluar kontroversi sebegitu, dengan tenang Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 23, memberikan jawapan.

"Saya tidak kacau siapa pun. Orang tak suka bila kita tunjuk kita senang kot. Entah lah. Cuma, apa yang boleh saya katakan ialah kalau betul, tunjukkan diri.

"Kalau sembunyi, berita itu tidak sah," katanya yang juga enggan berkongsi ceritera cinta adakah dirinya ada mengenali insan lain saat ini kerana menyifatkan ia terlalu peribadi.

Dalam kenyataan itu, wanita terbabit mendakwa Fatin dan suaminya itu telah tinggal bersama. Wanita itu turut mengatakan Fatin telah berjanji untuk memutuskan hubungan dengan suaminya sebelum ini tetapi pelakon itu telah memungkiri janjinya.



Buat masa ini, Fatin enggan bercerita lanjut mengenai kisah peribadinya dan memberikan tumpuan penuh kepada drama lakonannya.

Selain daripada dua kontroversi tersebut, sebelum ini nama Fatin turut panas kerana didakwa telah menyihir bekas suaminya yang juga seorang pelakon, Adam Shahz.

Menerusi InstaStory milik Adam baru-baru ini, Adam mendakwa dirinya telah disihir Fatin sehingga menyebabkan dia tidak menyedari bekas isterinya itu curang ketika mereka masih berumah tangga.

Bagaimanapun, Fatin menafikan dakwaan bekas suaminya itu dan menegaskan tidak mengenali mana-mana bomoh selama ini.






www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: