20 March 2018

WAJAH ANAK SITI TERSEBAR - DATUK K TERKILAN, PEMINAT MARAH


Semua sedia maklum mengenai penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini sudah bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung (perempuan) secara pembedahan semalam.





Siti, 39, dan suaminya, Datuk Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), 59, akan mendedahkan wajah dan nama bayi mereka dalam tempoh seminggu sebagai mengikut sunnah nabi.

Namun begitu belum sampai masanya tapi sekeping gambar yang didakwa sebagai anak Siti dan Datuk K itu telah tersebar.

Datuk K dalam satu kenyataan kepada Berita Harian mengesahkan gambar bayi dipangku seorang wanita seperti yang tersebar di laman sosial adalah anak mereka.

Klik untuk gambar besar


Beliau bagaimanapun melahirkan rasa terkilan terhadap sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

"Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini.

"Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas," tuturnya.

Selain itu, pengurus peribadi serta kakak ipar kepada Siti, Rozi Abdul Razak, 41, dalam satu luahan menerusi laman Instagram, menganggap permintaan Siti dan suami hanya perkara senang untuk dilakukan tetapi masih ada individu yang tidak menghormati privasi dan hak mereka.



Menerusi perkongsian itu, ramai bersetuju dengan pendapat Rozi. Rata-rata berpendapat tetamu yang melawat Siti di hospital tidak amanah dalam menunaikan permintaan pasangan terbabit.

Tambah mereka lagi, pada ketika rakyat Malaysia tidak sabar menantikan untuk melihat wajah anak penyanyi nombor satu Malaysia itu, ramai mahu menjadi yang pertama memuat naik gambar esklusif bayi mereka.

Pun begitu, ada juga berpendapat sukar untuk mengawal tindakan orang ramai untuk tidak memuat naik gambar bayi mereka apabila ramai saudara mara berkunjung ke hospital.

Tapi pastinya wajah bayi Siti sangat memukau pandangan rakyat Malaysia melihatnya. Ramai memuji kecomelan bayi pipi merah pasangan itu, selain kulitnya yang putih melepak.



Dalam perkembangan berkaitan, Khalid turut memaklumkan panggilan Fatimah Az-Zahra itu hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

"Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih," jelasnya.

Siti dan suaminya memilih hari Isnin bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka berdua yang mana ia hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad selain bersamaan 1 Rejab dalam kalender Islam.

Penyanyi 'Segala Perasaan' itu melahirkan anak pertamanya selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi di sebuah pusat perubatan di ibu negara.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Rozi Abdul Razak IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: