20 March 2018

FOTO NAMPAK DADA: "CAKAPLAH, TAK BERI KESAN" - FASHA SANDHA


"Saya tidak tahu pula ramai yang mengecam kerana tidak membaca ruangan komen. Tetapi saya tidak akan memadam gambar tersebut.





"Apa orang hendak cakap, cakaplah. Ia tidak memberi kesan kepada saya pun. Ruanan komen pun saya tidak tutup," kata pelakon Fasha Sandha, 34, berhubung gambar dirinya menampaknya bahagain dada yang telah mengundang kontroversi.

Tindakan Fasha memuatnaik gambarnya di Instagram memakai pakaian tradisi masyarakat India iaitu lenga ketika menghadiri majlis berinai pelakon Elvina Mohamad baru-baru ini menyebabkan dia menjadi sasaran netizen.

Ramai merasakan penampilan Fasha agak keterlaluan ekoran bahagian dada pakaian itu dilihat terdedah dan ia tidak sesuai dengan imejnya sebagai ibu kepada dua cahaya mata.

Klik untuk gambar besar


Malah rata-rata meminta pelakon drama rantaian 'Syurga Yang Kedua' itu memadam gambar berkenaan daripada Instagramnya. Bagaimanapun, Fasha merasakan tiada sebarang keperluan untuknya dia berbuat demikian.

Menjelaskan situasi sebenar, Fasha berkata, gambar tersebut kelihatan seksi mungkin disebabkan kedudukan kamera ketika jurugambar merakamkan gambar itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fasha berkata, dia terharu dengan sokongan dan usaha peminatnya yang gigih mengadakan majlis tayangan episod akhir 'Syurga Yang Kedua'.

Kata Fasha, peminat adalah tulang belakangnya dan tindakan mereka sanggup meluangkan masa, wang dan tenaga bagi mengadakan majlis seumpama itu menyentuh hatinya.



"Apa yang membuatkan saya terharu, mereka menggunakan wang dan tenaga mereka untuk mengadakan majlis pada hari ini.

"Sepuluh tahun mereka setia bersama saya dan seronoknya rasanya apabila dapat peminat seperti mereka yang sering menghargai saya sebagai pelakon," ujarnya.

Malah kata Fasha, gabungan di antara kelab peminatnya dan aktres Siti Elizad bagi menjayakan acara itu membuktikan peminat mampu bermuafakat dalam memeriahkan lagi sesuatu acara.

Selain menonton episod akhir 'Syurga Yang Kedua', peminat juga sempat mengadakan beberapa aktiviti bersama Fasha dan Elizad.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: