09 March 2018

NETIZEN PUJI ALIFF SYUKRI BANTU INTAN LIANA


Ramai yang bersimpati dengan nasib Intan Liana serta dua orang anaknya dan menganggap beliau sebagai seorang wanita dianiaya hanya kerana orang lain ingin mencipta kebahagiaan mereka sendiri.





Isu antara Intan, Ude Wahid dan pelakon Izreen Azminda betul-betul memberikan kesan dan menjadi perhatian masyarakat.

Antara orang yang mahu membantu Intan untuk berdikari dan bangkit dengan semangat baru adalah Datuk Seri Aliff Syukri.

Baru-baru ini, Aliff menerusi akaun Instagram memuatnaik foto bersama Intan dan menyatakan hasratnya untuk menghulurkan bantuan kepada wanita itu. Ramai yang menyokong usaha murni Aliff.

Klik untuk gambar besar


Terbaru, Intan muncul bersama Datin Seri Shahida sebagai model muslimah bagi tudung keluaran jenama Aliff sendiri. Intan kelihatan begitu cantik dan manis sekali.

Netizen yang melihat Intan muncul dalam iklan tersebut memuji dan menghargai usaha Aliff menawarkan pekerjaan kepada Intan dan berdoa agar rezeki jutawan kosmetik itu semakin murah dan diberkati Allah SWT.

Sebelum ini ramai yang mengecam Aliff, tetapi setiap orang itu mempunyai kebaikan dan sisi positif mereka sendiri. Semoga segalanya dipermudahkan buat beliau dan juga Intan.














www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Aliff Syukri IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: