17 March 2018

PENGURUS DEDAH DISEBALIK PUTUS TUNANG ELFIRA & SUFIAN


Sehingga kini isu putus tunang antara pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi masih belum reda, malah semakin hangat.





Tidak tahan melihat pihak disebelah sana terus berkata-kata, pengurus kepada Sufian dari Aries Music iaitu Mahadhir Mohamad, tampil meminta mana-mana pihak tidak terus mengeruhkan lagi.

Pengurus Sufian berkata, pihaknya turut kesal kerana keluarga Elfira masih memberi komen termasuk mendedahkan beberapa perkara di laman sosial berhubung isu berkenaan.

Tidak selesa dengan hal tersebut, Mahadhir akhirnya terpaksa membuka mulut untuk melindungi artisnya dengan mendedahkan perkara sebenar mengenai hubungan pasangan itu.

Jelas Mahadhir, selepas pasangan berkenaan secara rasmi putus tunang pada 18 Februari lalu, Elfira sebenarnya masih menghubungi Sufian.

Klik untuk gambar besar


"Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian tapi saya minta Sufian supaya tak perlu lagi layan, tapi Sufian ni jenis lelaki yang baik dan tak boleh menolak. Saya ada minta dia tak perlu panjang-panjangkan lagi dan move on dan Sufian pun dah tak mahu lagi hubungan ini," tuturnya

Sebelum ini, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff memuatnaik beberapa status di laman Instagram yang lebih kepada meluahkan perasaan terbuku di hatinya mengenai individu yang bersikap tidak baik iaitu melakukan penipuan.

Dalam status itu juga, ibu Elfira mendakwa bahawa dia hanya meminta Sufian menyimpan RM20 sehari untuk 365 hari sebagai hantaran.

Mungkin kerana sudah bosan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Sufian, pengurusnya mendedahkan kisah sebenar dari pihak Sufian mengenai punca pertunangan mereka putus melalui satu komen Facebook.



"Ala, ini kes nak tutup kelemahan sendiri. Simpanan sehelai RM 20, setahun >RM 7,000, tak signifikan sedang pendapatan sebulan Sufian (SS) lebih daripada itu. Dengan pendapatan dia dua jemputan show pon boleh selitkan setiap helai muka al-quran.

"Tujuan makcik ini (ialah) untuk merendahkan akhlak SS sedangkan SS dididik oleh kedua ibu bapanya, ahli akademik dengan baik dan Johor merupakan negeri terawal mempraktikkan sekolah agama di sebelah petang, selain sekolah konvesional di sebelah pagi.

"Yang tergila-gilakan sufian adalah anaknya, yang menelefon setiap saat, minit, jam, hari-hari tanpa henti. Nak mengekori SS ke mana saja dia pergi, sehingga jauh malam dan awal pagi, tanpa ditemani kenalan perempuan atau famili sendiri.

"Yang jelas anaknya seperti perigi cari timba, bukan SS yang mencari pengganti. Nak tahu status 'bekas kekasih' lama dulu – SS bukanlah menerima (bekas kekasihnya) dengan hati terbuka. Kisah hubungannya dengan wanita itu sama seperti dalam lagu 'Harus Aku'.



"Tetapi makcik ni, sengaja menghubungi bekas kenalan SS untuk mencari alasan memutuskan pertunangan itu. Awam perlu tahu, yang tergilakan SS anaknya, yang putuskan pertunangan adalah emaknya.

"SS telah jelaskan hantaran atau syarat bukan alasan semuanya dapat disediakan–termasuk kondo dua tingkat yang kini didiami SS. Dia tahu netizen mengecam tindakan makcik tersebut dan dia terpaksa mengada-adakan pelbagai cerita untuk menutup kesilapan sendiri," tulis pengurus penyanyi lagu 'Terakhir' itu.

Terdahulu, ada pihak mendakwa ibu Elfira telah menghubungi bekas kekasih Sufian sebelum membuat keputusan memutuskan pertunangan Sufian dan anaknya.

Sufian dikatakan menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya selama enam tahun sebelum perhubungan mereka putus, dan tidak lama selepas itu dia menjalin percintaan dengan Elfira dan mereka bertunang beberapa bulan kemudiannya.



Menyingkap kisah sebelum pertunangan, Mahadhir berkata Sufian memilih jalan untuk menghalalkan hubungan bagi mengelakkan salah faham masyarakat kerana Elfira kerap mengikuti Sufian ke mana-mana lokasi persembahan.

"Sebelum bertunang, El kerap telefon dan ikut Sufian ke sana-sini, siang dan malam. Sufian rasa tak manis begitu dan memilih untuk bertunang dan berkahwin, baginya itu jalan terbaik dari orang fitnah," ujarnya.

Sementara itu, Mahadhir turut berasa hairan mengapa ibu Elfira mengeluarkan kenyataan mengatakan Sufian seorang penipu sedangkan penyanyi itu tidak pernah berbohong dengan mereka.

"Sufian sanggup korbankan karier meskipun dia sedar dia penyanyi baru dan kami pengurusan sudah menasihati dia supaya tak kahwin awal tapi dia kata itu takdir dan kami terima keputusannya itu.



"Saya tak tahu apa yang Sufian tipu, adakah sebab emak Elfira ada menghubungi wanita yang mengakui sebagai bekas kekasih Sufian dulu? Ingin saya terangkan, Sufian dan gadis berkenaan tidak mempunyai hubungan mesra dan hanya kawan biasa, tapi orang luar yang salah faham.

"Jadi di mana penipuan yang dia lakukan, Sufian tak lari daripada media. Sebaliknya pihak sana, kenapa tak tampilkan Elfira menjawab persoalan ini, hanya ibu dan bapa yang keluarkan kenyataan," jelasnya.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin kepada pihak lelaki.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: