20 March 2018

"RISAU AKIDAH ANAK TERJEJAS" - SERINA HARAP DAPAT HAK JAGAAN


Menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram, pelakon Serina Redzuawan, 35, telah memuatnaik foto bersama dua orang anaknya, selain meluahkan rasa hati dan kesedihan yang ditanggung di ruangan kapsyen.





Dalam petikan luahan panjang itu, Serina mendakwa bekas suaminya, Gavin Edward O'Luanaigh, 41, menyeksa emosi beliau dengan hanya membenarkannya berjumpa dua cahaya mata mereka pada hari minggu.

Mengakui sedang melalui dugaan sangat perit, Serina berkata, Gavin sedikit demi sedikit mula memisahkan dirinya dengan anak-anak, sedangkan masing-masing bersepakat mahu menjaga dua cahaya mata mereka dengan cara tersendiri.

"Hari ini saya akan beritahu apa yang berlaku sebenarnya, yang selama ini saya pendam dan menanggung kesedihan. Jujurnya, saya tidak suka sensasikan hal peribadi keluarga, apatah lagi berkaitan anak-anak.

Klik untuk gambar besar


"Memang saya sedang melalui dugaan yang perit. Bekas suami cuba membuli dan menyeksa emosi (saya) sebagai ibu dengan memisahkan kasih sayang saya dan anak-anak.

"Dulu, saya berjumpa anak-anak setiap hari, tetapi sekarang dia benarkan kami berjumpa pada hujung minggu. Itu pun sekejap saja.

"Pelbagai alasan dia berikan. Dia akan buat anak-anak sibuk dengan aktiviti sehingga saya tidak berpeluang meluangkan masa bersama mereka. Apa yang dia buat memang kejam! Selama ini saya hanya bersabar.

"Sehinggalah dia telah langgar perintah Mahkamah di tangkap khalwat anak-anak di rumah ketika tu. Ini dah melampau. Saya risaukan akidah anak-anak terjejas, doakan Serina akan ambil semula hak jagaan anak-anak.



"Dulu kami buat persetujuan bersama jaga anak-anak tinggal dengan bekas suami untuk elak emosi anak anak tidak terjejas atas penceraian," kongsi anak kepada Chef Wan itu.

Serina dan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Tristan Tareef, 8, dan Isabella Saffiya, 6.

Bagaimanapun, Serina memberikan hak jagaan sementara anak-anak kepada Gavin selepas mereka bersepakat menjaga Tristan dan Isabella dengan cara tersendiri.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Serina Redzuawan IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: