20 March 2018

AL-FATIHAH - ISTERI KEDUA OPICK MENINGGAL DUNIA


Takziah kami ucapkan kepada penyanyi nasyid terkenal Indonesia, Opick atas kepergian isteri keduanya, Wulan Mayasari Hanis Sudiyono, 34, yang meninggal dunia pada jam 9 malam Ahad.

Berita mengenai perkara itu disahkan sendiri oleh sahabat baik Opick yang dikenali sebagai Ustaz Solmed.





Menurutnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham berada dalam keadaan tidak sihat selepas bayi yang dikandungnya meninggal dunia kira-kira dua bulan lalu. Ketika itu usia kandungan Wulan sudah memasuki usia lapan bulan.

"Saya dapat informasi menerusi Whatsapp berserta foto Opick. Isterinya meninggal dunia pada pukul 9 malam selepas mula sakit dua bulan lalu.

"Tapi tidak diketahui selepas melahirkan atau beberapa hari atau ketika melahirkan. Itu saja yang tidak diketahui," kata Solmed seperti dilaporkan Liputan6.

Katanya lagi, Wulan sempat dikejarkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan ahli keluarga. Jenazah Allahyarhamah dilaporkan sudah dikebumikan selepas Zohor, pada Isnin.

Opick yang ditemui media berkata, dia reda dengan pemergian isterinya dan meyifatkan isterinya adalah seorang muslim yang taat dan tidak pernah meninggalkan solat lima waktu serta kerap berbuat baik sesama manusia.

Klik untuk gambar besar


"Masya ALLAH, hari ini isteri saya meninggal. Hari ini saya redha dunia akhirat. Seperti janji Rasulullah bahawa apabila ada seorang isteri yang meninggal dan suaminya redha, dipastikan dia jadi ahli surga," ujarnya tenang.

Opick memiliki seorang lagi isteri, Dian Rositaningrum, yang dinikahi pada 2002 lalu dan dikurniakan enam orang anak.

Sementara itu, Dian yang mengetahui berita pemergian Wulan dari rakan karibnya sempat datang untuk memberikan penghormatan terakhir.

Ujarnya, dia cuba mendapatkan pengesahan daripada suaminya sendiri, namun panggilannya tidak berjawab.

"Mungkin kerana dia sibuk, jadi dia tidak sempat memberi jawapan. Memandangkan rumah saya berdekatan, jadi saya datang untuk memberi penghormatan terakhir. Saya berharap abang Opick tabah dan sabar dengan dugaan ini," katanya .

Sebelum ini, isteri pertama Opick dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya pada Februari lalu setelah hampir 16 tahun hidup bersama.

Keputusan itu dilakukan selepas Dian dan Opick yang tidak lagi tinggal sebumbung kerana kecewa dengan keputusan Opick untuk berpoligami tanpa izin.


www.myartis.com / Sumber: Liputan6


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: