26 March 2018
SEDIH DIHINA TIADA SPM: "BUKAN NIAT AJAK ORANG" - ISMAIL IZZANI
"Walaupun tak ambil SPM tapi saya akan buktikan yang saya juga boleh berjaya dengan usaha sendiri. Saya nak beritahu itu adalah pilihan saya sendiri bukan berniat untuk ajak orang ramai ikut jejak saya.
"Macam mana pun, saya tetap akan teruskan apa yang saya buat sekarang iaitu muzik," tutur penyanyi Ismail Izzani, 18, yang berjanji untuk membuktikan bahawa dia juga mampu untuk berjaya biarpun tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM.
Bagaimanapun, Ismail berkata, perkara itu dilakukan bukan untuk mendorong sesiapa mengikut jejak langkahnya, namun ia adalah pilihannya sendiri.
Ismail diminta mengulas mengenai statusnya di Twitter yang mengatakan tidak perlu menghina orang tidak mempunyai sijil SPM.
Klik untuk gambar besar
Menerusi kenyataan sebelum ini, Ismail akui tidak berminat untuk menduduki peperiksaan SPM seperti rakan sebayanya.
Kata penyanyi yang popular menerusi lagu 'Sabar itu', dia tidak mahu membaca komen negatif yang boleh membuatkan dirinya berasa sedih.
"Saya dah tak nak baca lagi komen atau kritikan yang negatif sebab kata-kata itu ada memberi kesan kepada kita. Boleh buat kita rasa sedih," ujarnya.
Dalam pada itu, Ismail turut menyangkal dakwaan dia boleh hidup bersenang-lenang memandangkan keluarganya orang berada.
Malah, dia mendapatkan sumber pendapatan dengan hasil titik peluh sendiri tanpa meminta pada ibu bapanya.
"Kalau saya kaya, saya tak perlu bekerja atau menyanyi lagi. Saya pun cari sumber pendapatan dengan usaha sendiri. Bukan meminta duit daripada ibu bapa.
"Saya selalu berpegang pada prinsip di mana yang senang, bukan selalu senang. Yang susah pula, bukan selalu susah. Kita kena ada usaha sendiri untuk dapatkan sesuatu," katanya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment