26 March 2018

26 FOTO - SEKITAR MAJLIS MAULID NABI, AQIQAH & TAHNIK SITI AAFIYAH


Semalam penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah mengumumkan nama sebenar cahaya mata sulung mereka yang merupakan perempuan dalam satu majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik.




Setelah tujuh hari menggunakan gelaran Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad untuk sementara waktu, kini pasangan terbabit telah mendedahkan bahawa mereka sepakat menamakan bayi itu dengan nama Siti Aafiyah yang bermaksud 'Segala Yang Baik'.

Majlis yang diadakan di kediaman Siti di Bukit Antarabangsa itu telah disiarkan secara langsung menerusi laman YouTube SitiOfficial Video. Rata-rata netizen memuji kecomelan Siti Aafiyah.

Dalam majlis tersebut, Siti memberitahu bahawa nama Siti Aafiyah diperolehnya bersama suami ketika mereka mengerjakan umrah di Makkah.

Klik untuk gambar besar


"Setelah saya hamil, kami dapat ilham di Tanah Suci Makkah apabila suami sering baca satu doa pendek yang ada perkataan Aafiyah. Suami tanya nak tak nama Aafiyah yang membawa maksud segala yang baik," jelasnya.

Tambah Siti, semasa di Kuala Lumpur ketika dia sedang memikirkan nama anaknya, kebetulan dia sering menerima doa-doa yang ada menyebut Aafiyah.

Tambah Siti, dia bersyukur kerana Allah memakbulkan doanya untuk hamil selepas 11 tahun berumah tangga.



Selain itu, Siti mengucapkan syukur apabila proses kehamilan yang dilalui berjalan lancar biarpun terdapat sedikit komplikasi yang menyebabkan kehilangan banyak darah.

"Saya hilang banyak darah tapi saya kuatkan semangat dan hari ketiga saya sudah boleh berjalan. Hilang segala sakit bila nampak bayi. Saya rasa macam dalam mimpi tapi inilah impian saya.

"Saya bersyukur bayi dilahirkan sempurna. Debaran saya kini ialah dalam mendidik anak. Ini amanah dan dugaan pada kita. InsyaAllah saya ingatkan diri untuk beri yang terbaik," ujarnya.



Dalam pada itu, majlis tahnik dan akikah diadakan ia diketuai oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Siti turut memuatnaik video dan foto wajah bayi sulungnya yang kini berusia tujuh hari di laman Instagram kira-kita pukul 7.30 petang Ahad.

Penyanyi lagu 'Comel Pipi Merah' itu melahirkan bayinya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Tahniah kami ucapkan buat Siti Nurhaliza dan suaminya atas kurniaan terindah ini selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Semoga Siti Aafiyah menjadi seorang anak yang solehah.














































www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: