25 March 2018

CIPTA SEJARAH - SITI NURHALIZA LANCAR APLIKASI SENDIRI


Baru saja menimang cahaya mata perempuan pada Isnin lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mencipta sejarah apabila menjadi selebriti tempatan pertama yang mempunyai aplikasi sendiri di telefon pintar.





Siti yang melancarkan aplikasi Siti Nurhaliza Official App itu hari ini menerusi laman Instagram itu memberitahu bahawa aplikasi tersebut menggabungkan semua platform rasmi media sosial miliknya termasuk gambar dan video eksklusif.

Peminat Siti boleh memuat turun aplikasi tersebut dalam tempoh 24 jam menerusi Google Playstore dan Apple App Store.

Klik untuk gambar besar


Menariknya, peminat yang memuat turun aplikasi ini akan mendapat 3,000 'stars' percuma untuk pembelian bahan kandungan eksklusif.

Bagi memastikan 'content' eksklusif itu tidak disalah guna, Siti menggunakan 'watermark' logo Selklik dan alamat emel pengguna di mana tindakan boleh diambil terhadap pengguna.








www.myartis.com / Sumber: Siti Nurhaliza IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: