25 March 2018
JEMPUT IZREEN - SHEILA RUSLY JADI SASARAN KECAMAN
"Tersenyum tertawa di luar. Terguris terluka di dalam. Tak perlulah kita mengeruhkan lagi keadaan. Simpati tapi jangan hukum sampai mati.
"Kita doa yang baik-baik Insya-allah semuanya akan baik. Stay positive korang," tulis pengarah dan pelakon Sheila pada kapsyen gambarnya bersama pelakon Izreen Azminda.
Tindakan Sheila menjemput Izreen sebagai artis jemputan menerusi program itu mengundang kemarahan netizen dan menjadi mangsa kritikan.
Ruangan komen di gambar mereka ketika di set penggambaran program 'Ketuk Ketuk Ramadan' (KKR) telah dilimpahi dengan kecaman serta rasa tidak puas hati netizen terhadap Izreen.
Klik untuk gambar besar
Nampaknya kemarahan netizen terhadap pelakon 'Ahli Mesyuarat Tingkap' itu masih belum reda walaupun dia kini sudah menutup sementara laman Instagramnya sejak 2 Mac lalu.
Netizen menyifatkan tindakan Sheila menjemput Izreen sebagai tetamu undangan program itu sebagai tidak patut dilakukan.
Malah ramai di antara pengikut Sheila memberitahu tidak akan menonton episod yang menampilkan Izreen sebagai tanda protes terhadap aktres itu.
"Kak yang lebih berusia sepatutnya lebih sensitif dengan keadaan dan isu semasa. Akak tahu kes Izreen ramai orang memang tan nak tengok muka Izreen sekarang, kenapa Akak jemput Izreen?
"Itu namanya cari pasal. Akak janganlah marah kalau orang kecam Akak. Rancangan Akak memang ramai peminat tapi netizen ni sensitif isu-isu semasa. Jadi Akak bertabahlah," tulis pengikutnya yang menggunakan nama @fatts8.
@shidahzainal86 pula menulis; "Memang tak tengok la Ketuk Ketuk Ramadan tahun ini. Sayang hilang pahala puasa takut terkutuk isteri kesayangan Ude".
Dalam pada itu, Sheila sempat membalas beberapa komen yang mendakwa dia seolah-olah menyokong Izreen.
"Awak tahu ke apa soalan saya tanya pada Izreen? Mana awak tahu saya sokong dia? Saya yang tiada kena mengena ini pula awak hukum. Aduh, mak ai... netizen, netizen," katanya.
Kontroversi terhadap Izreen tercetus apabila suaminya iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertama, Intan Liana Saleh hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai pada 28 Februari lalu.
Ude menceraikan Intan yang juga merupakan isteri pertama dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Khamis.
Gara-gara peristiwa itu, ramai netizen melahirkan rasa simpati terhadap Intan kerana bakal diceraikan sedangkan dia sudah bersetuju untuk berkongsi kasih ataupun bermadu dengan Izreen.
Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1. Kisah rumahtangga pemuzik bebas tersebut dengan Intan berakhir pada Khamis.
Pada November tahun lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment