25 March 2018

SEDIH IBU DIKECAM: "TAK CAKAP BURUK MAK ORANG" - ELFIRA


Ketika bercerita mengenai ibunya iaitu Filzah Yusuff yang sanggup mempertahankan maruahnya ketika dia berdepan kecaman netizen, pelakon Elfira Loy terharu dan tidak mampu menahan sebak.





Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri, 24, berkata dia mengagumi wanita tersebut dan percaya apa yang dilakukan oleh ibu itu merupakan perancangan terbaik.

"Selepas apa yang berlaku, emak sanggup ambil segala tuduhan ini kerana tak nak orang kutuk saya atau salahkan saya.

"Dia cakap tidak apa kalau orang benci mama, cakap buruk fasal mama, janji orang tahu saya bukan macam itu dan saya wanita yang kuat.

"Saya kasihan bila orang cakap macam itu dekat mak saya sebab saya tak pernah cakap (ayat buruk) macam itu dekat mak orang lain.

Klik untuk gambar besar


"Tapi saya tahu dia buat ini semua supaya orang tahu saya tak salah kerana saya dah buat yang terbaik," tuturnya syang menitiskan air mata ketika ditemubual dalam program terbaharunya menerusi siaran langsung di laman Instagram adiknya Ezlisa Loy pada Jumaat.

Dalam siaran tersebut, Elfira turut melancarkan program bual bicara baharu diberi nama The El Live Show yang bakal bersiaran secara langsung di laman Instagram miliknya setiap bulan.

Sementara itu, pelakon drama 'Separuh Jiwaku' ini menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk terus bangkit dan kuat berdepan ujian hidup.

"Saya kuat dan terus berada di sini kerana emak saya, dia wanita yang sangat kuat dan sebab dia saya nak terus berlakon dan buat saya nak kerja keras.



"Dia sumber inspirasi saya kerana dia tak pernah berhenti bekerja dan sentiasa fikir fasal anak-anak dan bukan sebab diri sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Elfira turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti menyokong perjalanan karier sepanjang bergelar anak seni.

Meskipun, mereka tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku, namun ucapan dan kata-kata semangat itu membuatkan dirinya terus kuat.

"Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa sokong dan selalu berada dan memahami saya. Saya tahu anda tak tahu cerita sebenar tapi terus bagi kata-kata semangat.



"Saya baca semua mesej peribadi dan ucapan itu buatkan saya bersemangat, mungkin ada yang rasa benda itu simple tapi ia membuatkan saya jadi lebih kuat setiap saat," katanya.

Sebelum ini, nama Elfira menjadi perbualan hangat netizen apabila ibunya mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi sudah berakhir.

Pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Jumaat.












www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: