25 March 2018

PEMINAT 'RESTUI' - HAEL AKUI NABILA HANYA SAHABAT RAPAT


"Ramai juga mengatakan jodoh antara kami kuat disebabkan muka kami ada iras-iras tapi saya ambil itu sebagai usikan saja. Saya dan Nabila adalah antara sahabat yang sangat rapat dalam industri





"Kami sentiasa berkongsi apa juga pengalaman dalam industi dan saya sangat kagum dengan semangatnya yang tidak berputus-asa.

"Keserasian antara kami sangat kuat memandangkan bermula dari bawah. Tapi saya harus puji usahanya yang tidak jemu berusaha membina namanya.

"Saya sangat menghargai persahabatan kami dan tidak anggap hubungan itu lebih daripada seorang kawan," jelas penyanyi Hael berhubung hubungannya dengan penyanyi Nabila Razali yang direstui peminat mereka.

Klik untuk gambar besar


Mengakui rapat dengan Nabila yang pernah hadir dengan gimik bersama pelakon Aedy Ashraf, Heal Husaini menyatakan bahawa buat masa ini dia tidak terfikir untuk sampai ke tahap bercinta.

Sementara itu, bekas peserta Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) itu turut menjelaskan bahawa dia mengharamkan dirinya untuk bercinta buat masa ini.

Apa yang pasti, peminat memang sukakan sangat gandingan pasangan ini malah ada yang berdoa agar mereka bersatu. Fantasi peminat memang sentiasa ke depan tapi jika ada jodoh, memang kena sepadan sangat'kan?


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: