08 March 2018
UDE DIKECAM TERUK - INTAN LIANA AKUI KASIHAN
"Saya akui tiada hak untuk menghalang masyarakat berbuat demikian tetapi kami masih bergelar suami isteri sehingga keputusan dibuat pada 22 Mac ini.
"Perasaan kasihan tetap ada namun kecaman itu dibuat kerana tindakannya sendiri. Saya juga tidak mahu isu itu membuatkan keluarga Ude menyalahkan saya kerana saya tidak pernah minta mana-mana pihak buat laman terbabit.
"Sebelum ini pun saya hanya jawab jujur apa yang disoal pihak media," kata Intan Liana Saleh, 33, yang tetap bersimpati dengan Ude Wahid, 30, walaupun dirinya terluka dengan apa yang berlaku dan bakal diceraikan tanpa sebarang sebab kukuh.
Selepas lima tahun berkahwin, pemuzik bebas itu bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.
Klik untuk gambar besar
Sejak keputusannya tersebut, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Intan berkata sedemikian selepas mengetahui ada pihak yang mewujudkan 'fanpage' Facebook khas untuk memberikan sokongan kepada dirinya.
Bagaimanapun, laman tersebut menjadi tempat untuk netizen mengecam Ude dan isteri keduanya, pelakon Izreen Azminda.
Untuk makluman, Ude dan Intan bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, setahun.
Penghujung tahun lalu, dunia hiburan gempar apabila Izreen membuat pengakuan terbuka, dia sudah menjadi isteri kedua kepada Ude itu sejak 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup di Damansara.
Sebelum ini, Izreen mendirikan rumah tangga dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 tetapi berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak, Muhamad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun.
Begitu tabah dan ikhlasnya hati seorang isteri yang masih menyayangi suaminya meskipun di uji dengan dugaan yang berat sehingga rumah tangganya bakal musnah. Semoga Intan dan anak-anak bertemu bahagia mereka sendiri.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment