04 April 2018

23 FOTO - ALIFF SYUKRI SAMBUT HARI LAHIR KE-31 DI ISTANANYA


Selepas empat tahun menanti, akhirnya impian jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri untuk memiliki sebuah rumah mewah bak istana itu menjadi kenyataan apabila rumah agam tersebut sudah pun siap.





Menurut Aliff, impian itu muncul ketika dia mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kira-kira lapan tahun lalu.

Sebelum ini, pengasas produk D'Herbs itu sering berkongsi gambar dan video perkembangan rumah banglo mewah baru miliknya di laman Instagram.

Aliff kelmarin sempat kongsikan video sekitar kediamannya di Kota Damansara yang sememangnya besar dan dah macam istana.

Klik untuk gambar besar


Lebih mengejutkan video tersebut mendapat lebih 1 juta tontonan. Aliff turut kongsikan serba sedikit tentang kediaman barunya itu.

Diberi nama Palace Aliff Syukri, rumah itu berkeluasan 40,000 kaki persegi, mempunyai 30 buah bilik. Dilengkapi dengan 30 bilik termasuk bilik kebal dan kemudahan lain seperti gimnasium, surau, rumah khas untuk kucingnya Dodi dan ada juga sedikit lagi bahagian yang masih dalam pembinaan.

Menurut Aliff, beliau membina kediaman besar tersebut adalah untuk anak-anaknya. Tambahnya lagi, beliau mahu anak-anaknya tahu kepayahannya untuk mencari rezeki.

"Saya bukukan kisah rumah ini untuk anak-anak saya tahu bukan senang saya mencari duit dan bukan senang nak siapkan rumah ini selama 4 tahun menanti," katanya.



Tambah Aliff lagi, dia berharap dengan kejayaannya membina rumah tersebut mampu menjadi pembakar semangat orang di luar sana untuk berjaya sepertinya.

"Sekarang umur abah 31 tahun. Abah bodoh pelajaran SPM pun gagal tapi abah nak anak-anak abah tahu abah juga mampu berjaya macam orang lain.

"Bagi orang lain mungkin biasa je. Apalah rumah nak tunjuk tapi bagi saya apa yang saya buat ni kepuasan dalam pencapaian hidup saya," tulisnya.



Disamping itu, semalam merupakan hari yang paling bermakna buat penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' itu kerana buat julung kalinya dia membenarkan media tempatan untuk melawat istana bahagianya.

Malah, sambutan hari lahirnya yang ke-31 turut diadakan disitu dengan tema Bollywood. Majlis tersebut turut dihadiri teman rapat serta rakan artis yang masing-masing mengenakan baju seperti bintang-bintang Bollywood.

Antara yang hadir ialah Nur Sajat, Fasha Sandha, Achey bersama isteri, Datuk Aznil Hj Nawawi, Ifa Raziah, Joy Revfa dan ramai lagi.

Tidak bersifat riak ataupun sengaja ingin menunjuk-nunjuk, Aliff mahu ia menjadi motivasi untuk orang lain diluar sana turut berusaha mencapai kejayaan sepertinya.



"Saya selalu berdoa supaya mati dalam keadaan beriman, bukan ketika sibuk mengejar harta dunia," demikian doa Datuk Seri Aliff Syukri sempena ulang tahun kelahirannya ke-31 hari ini.

"Alhamdulillah, pada usia 31 tahun, saya sudah kecapi semuanya. Saya berharap kehidupan saya sentiasa mendapat rahmat Allah," tutur Aliff yang memanjatkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan sehingga kini.

Dalam pada itu, Aliff juga berhasrat untuk mengundang beberapa peminat bertuah sebagai tetamu istimewa untuk majlis doa selamat yang akan diadakan pada hari Ahad ini.






































www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: