29 April 2018

37 FOTO - SEKITAR PERKAHWINAN RODY KRISTAL & PASANGAN


Tahniah kami ucapkan kepada gitasis kumpulan Kristal iaitu Rody yang telah selamat bergelar suami kepada pengaja gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman dengan sekali lafaz, Jumaat lalu (27 April 2018).




Majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Kulai, Johor, itu menyaksikan Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Nur Izwani, 31, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak.

Pada majlis itu, Rody, menyediakan mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Nur Izwani atau lebih mesra dengan sapaan Deqno turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Sementara itu, pasangan itu diraikan dalam sebuah majlis kenduri di Dewan Raya Kulai, Johor pada Sabtu.

Klik untuk gambar besar
MAJLIS PERNIKAHAN


Rody menerusi Instagram miliknya menyifatkan perkahwinannya itu sebagai hari bersejarah buat dirinya dan berjanji akan menjaga dan membimbing isterinya dengan baik.

"Alhamdulillah... hari ini hari bersejarah buat hidupku. Dengan sekali lafaz aku telah menjadi suami @niena_azmann.

"Buat isteri yang tercinta, Insya-Allah I akan jaga dan bimbing sayang," tulis Rody yang dijulang rakan-rakannya selepas sah bergelar suami.

Majlis yang dilakukan secara tertutup di kediaman keluarga Niena itu hanya dihadiri oleh kaum keluarga serta rakan-rakan terdekat mereka.



Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka agar tabah menempuhi dugaan dalam hidup berumah tangga serta mendapat anak yang comel kelak.

Sebelum ini, Nur Izwani memberitahu dia terbuka hati menerima Rody kerana gitaris itu bukan seorang lelaki yang suka 'mengayat'.

Katanya, Rody adalah lelaki pertama yang benar-benar berani untuk melamarnya berbanding lelaki lain yang hanya manis mulut.

Rody sebelum ini melamar Nur Izwani menerusi Instagram dan mencabar Nur Izwani mengulang siar (repost) status mesejnya itu jika dia sudi menjadi isterinya.

Cabaran itu akhirnya disambut oleh Deqno dan peminat mereka mula mengucapkan tahniah pada status yang dikongsi.
















































MAJLIS RESEPSI























www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: