29 April 2018
BERAT TURUN 14.5 KG - AISHAH USAHA 25 KG LAGI
"Dua bulan selepas pembedahan... kehilangan 14.5 kilogram, 25 kilogram lagi," demikian kata penyanyi Aishah yang memberitahu dia menyasarkan untuk menurunkan berat badannya sebanyak 25 kilogram lagi sebelum mendapat berat badan ideal.
Dua bulan selepas menjalani pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik, Aishah mendedahkan dia kehilangan 14.5 kilogram dalam tempoh tersebut.
Aishah turut memuatnaik gambar terbaharunya yang menampakkan perubahan ketara sejak menjalani pembedahan tersebut.
Penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu sebelum ini menjelaskan pertambahan berat badan membimbangkan membuatkan dia mengambil keputusan menjalani pembedahan tersebut.
Klik untuk gambar besar
Pun begitu kata Aishah, tujuan pembedahan itu bukan untuk kelihatan cantik dan kurus semata-mata, sebaliknya bagi mengatasi masalah gastrik dan sakit kaki berpunca daripada berat badan berlebihan.
Aishah menjalani pembedahan tersebut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, pengikut juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu memuji penampilan baharu Aishah yang dilihat lebih yakin dan muda daripada usia sebenarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment