28 April 2018

DIKECAM TAK BERIMAN: "BUKANNYA BERBOGEL" - IFA


Selebriti serba boleh, Ifa Raziah jika dilihat sememangnya langsing bak anak dara namun menerusi video yang dimuatnaik baru-baru ini, beliau dikecam apabila tampil dengan gaun pendek yang sendat tanpa lengan.





Bagaiamanapun jelas Ifa, video tersebut memang sengaja dimuatnaik olehnya bagi membuktikan dirinya sudah kurus dan tidak mengunakan sebarang editing untuk tampil kurus dan cantik di media sosial.

"Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan.

"Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya. Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu," katanya.

Menerusi Instagram, Ifa memuatnaik video Live bersama suami serta beberapa rakan menyambut ulangtahun perkahwinan.

Klik untuk gambar besar


Selain dituduh tidak beriman, Ifa juga dikecam kerana berpakaian tidak seperti umurnya yang sudah tua.

"Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus? Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar”

"Pada hari video dirakam, kebetulan saya dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14, Selasa lalu. Memandangkan majlis dibuat di jakuzi rumah, namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air," jelasnya.

Selain itu, Ifa yang menyedari dirinya dikecam ramai mempersoalkan tindakan netizen mengkritik dirinya memakai baju tanpa lengan apabila sudah cantik, padahal beliau sudah tampil begitu sejak dari dulu lagi.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: