28 April 2018

'BAJU SAMA' DIPERTIKAI - FASHA SURUH NETIZEN MOVE ON


"Obviously saya pakai empat bulan lalu pada Januari ada saja kat Insta saya. Aiyo kalau sama-sama nak pakai pun apa masalahnya.





"Followers oh followers. Tolong unfollow saya boleh? It's okay la kalau sama-sama pakai baju H&M apa salahnya. Do some research sebelum komen. Terima kasih.

"Kita tak pernah pertikaikan bila orang pakai baju sama dengan kita. Move on please followers. Kami berdua pun sama-sama dah move on.

"Tolonglah," kata pelakon Fasha Sandha yang turut berharap netizen melupakan perkara yang sudah berlalu kerana dia dan Nora juga sudah meneruskan kehidupan masing-masing..

Klik untuk gambar besar


Kata pelakon drama bersiri 'Syurga Yang Kedu'a ini, dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mana-mana pihak yang mempunyai baju sama sepertinya.

Menurut Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, dia pernah memakai baju tersebut pada Januari lalu.

Fasha memberitahu dia tidak kisah jika pakaiannya sama dengan orang lain dan meminta netizen yang mempertikaikan tentang perkara itu agar berhenti mengikutnya di laman sosial.



Baru-baru ini, penampilan dua personaliti iaitu Fasha dan aktres Nora Danish menjadi bahan perbalahan netizen kerana mereka memakai pakaian corak serupa.

Ditambah pula hubungan Fasha dan Nora yang sebelum ini dikatakan agak dingin, persamaan itu boleh menimbulkan rasa jenaka.

Bagaimanapun, sebahagian besar pengikut di laman sosial menyokong kenyataan pelakon itu dan menganggap isu baju serupa itu tidak perlu dijadikan satu masalah.

Pelik juga orang ni kadang-kadang sampaikan memakai baju yang sama secara tidak sengaja pun menjadi satu persoalan. Nama pun beli di kedai pakaian yang sama, pasti kebarangkalian 'tersama pakaian' itu terjadi.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: