28 April 2018
ISU SOLAT FATHIA: "KEJAR WAKTU BUKAN ALASAN" - MUFTI
Semua mengetahui mengenai tindakan pelakon Fathia Latiff yang bersolat dalam kereta yang sehingga kini masih menjadi perdebatan.
Ramai memberikan pendapat mengenainya, ada yang menyokong ada juga yang mempertikaikan perbuatan pelakon kontroversi itu.
Justeru itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, tampil memberi penjelasan bahawa tindakan pelakon itu yang sengaja menunaikan solat, hanya kerana ingin mengejar waktu tanpa keuzuran atau sakit di dalam kereta tidak tepat.
"Kita kena tahu dia punya cerita yang menyebabkan dia bersembahyang di dalam kereta. Tetapi kalau keuzuran (sakit) seperti kena gout sehingga tidak boleh ke masjid, jadi kita sembahyang di dalam kereta dan menghadap ke kiblat.
Klik untuk gambar besar
"Tapi jika tidak keuzuran (sakit) tidak boleh sebab sembahyang kena ada hukum perbuatan mesti kena ada rukuk, sujud tetapi di dalam kereta boleh sujud ke?
"Nak mengejar waktu itu bukanlah alasan, ada tempat dan masa untuk kita sembahyang seperti biasa tiba-tiba pilih untuk solat dalam kereta itu memang tidak tepatlah," jelasnya kepada mStar Online.
Video pelakon 'Ariana Rose' ini sedang bersolat di dalam kereta itu dimuatnaik oleh rakannya iaitu penggaya rambut Ridzokumura di Instastory pada petang Rabu.
Baru-baru ini, Fathia bersuara mempertahankan tindakannya dengan menyifatkan perbuatannya itu urusan diantara beliau dan Allah. Malah katanya, beliau juga tidak sedar aksinya menunaikan solat dirakam oleh rakannya.
"Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam," katanya sebelum ini.
Jadi sekarang sudah jelaslah bahawa tindakan Fathia itu tidak tepat dan mungkin selepas ini Fathia akan lebih peka.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment