27 April 2018

AHMAD IDHAM DIANUGERAHKAN PANGKAT JBPM


Mencatat sejarah apabila pengarah dan penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri menjadi anak seni pertama dianugerahkan pangkat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM





Penganugerahan pangkat Penguasa Kanan Bomba 1 (Kehormat) itu disampaikan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim di Putrajaya pada Rabu.

Menurut Idham, penganugerahan itu tidak pernah berlaku dalam industri hiburan sebelum ini.

"Saya merupakan yang pertama, ini menunjukkan mereka nampak sumbangan anak seni kepada JBPM.

Klik untuk gambar besar


"Namun, saya agak malu sebab filem 'Qhaliq' yang mengangkat kisah kerjaya Bomba tidak mendapat perhatian daripada jawatankuasa Sistem Wajib Tayang (SWT)," ujar Idham.

Turut hadir menyaksikan penganugerahan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek.

Filem 'Qhaliq' edaran syarikatnya, Aifa Motion Pictures Sdn Bhd sepatutnya menemui penonton di pawagan pada 5 April lalu namun terpaksa ditunda kerana bertembung dengan filem Dukun.



Tambahnya lagi, dia bakal mengumumkan tarikh tayangan baharu filem berkenaan selepas dia berbincang dengan Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayub dalam masa terdekat.

"Ramai yang tak sedar mengenai usaha saya untuk menaikkan agensi kerajaan terutamanya JPBM menerusi filem ini.

"Saya sebenarnya membawa amanat Datuk Seri Mohammad Mantek yang mahu filem ini ditayangkan kepada penonton tempatan," ujarnya lagi.

Selain pengurniaan pangkat oleh JPBM, Idham juga pernah menerima pangkat Leftenan Kolonen Bersekutu (PA) Oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada Mac tahun lalu.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: