27 April 2018
NAFKAH ANAK: "PERGILAH JUAL MOTOR TU" - ELLY MAZLEIN
Melalui perkongsian di Instagram, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein menjelaskan bahawa bekas suaminya, Azmi Hatta gagal melunaskan nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini berusia 2 tahun.
Selain itu, penyanyi lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu turut menyelitkan pesanan tajam buat Azmi Hatta.
Melalui muatnaik yang kini telah dipadam itu, Elly mendakwa bahawa Hatta mampu membayar bayaran bulanan motosikal berkuasa tingginya namun gagal untuk memberikan nafkah.
Memetik kata-kata Elly yang dipetik melalui laporan Astro Awani lebih baik jualkan saja motosikal tersebut, sekurangnya mampu membayar nafkah anak.
Klik untuk gambar besar
"Ramai menyayangimu dan menghargaimu manja. @azmi_hata buat apa tu? Nafkah anak dah berbulan-bulan tak bayar ni. Ajak Kakak Lina ke mahkamah, banyak pula duit bayar lawyer.
"Nafkah anak yang hanya RM1500 liat bebenar nak membayarnya. Motor Harley Davidson vroooom vroooom ada pulak duit nak membayar bulan-bulan.
"Meh Kakak Lina nak nasihat.. Ya Kakak Lina faham @azmi_hata nak manja dengan Kakak Lina ya. Tak apa, meh Kakak Lina manjakan dengan bagi sebungkus buah fikiran.
"Kalau rasa motor Harley Davidson tu punca tak mampu nak membayar nafkah anak, meh Kakak Lina ajar macam mana nak membuatnya.
"Pergilah jual motor tu, habis cerita... Selesai masalah. Kakak Lina syak @azmi_hata mesti setuju dengan sebungkus buah fikiran yang Kakak Lina bagi ni kan?" katanya.
Begitulah kisahnya di antara Elly dan bekas suaminya. Elly bernikah dengan Azmi pada November 2014 dan bercerai pada Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan. Semoga nanti nafkah dapatlah diselesaikan ya.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Astro Awani
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment