27 April 2018

VIDEO FATHIA SOLAT DIKECAM - PENDANDAN RAMBUT RASA BERSALAH


"Dia tidak tahu tentang video yang saya muat naik petang semalam (Rabu) menjadi tular di Internet. Dia sendiri terkejut bila ditanya wartawan semalam (Rabu).





"Saya pula rasa bersalah dan kasihan dekat dia terus menjadi bahan perbualan di media sosial," ujar pendandan rambut yang hanya mahu dikenali sebagai Ridzokumura.

Ridzokumura mengakui berasa bersalah apabila video Fathia sedang bersolat dalam keretanya menjadi tular kerana perbuatannya berkongsi rakaman itu.

Beliau berkata, dia tidak berniat untuk menjadikan pelakon berkenaan sebagai bahan kecaman, sebaliknya ingin berkongsi kebaikan yang tidak diketahui masyarakat tentang wanita itu.

Klik untuk gambar besar


Pemilik salun rabut Ridzokumura yang juga teman Fathia itu diminta penjelasan tujuan dia memuatnaik video berkenaan yang mencetuskan pertikaian dalam kalangan netizen.

Katanya, sebagai seorang kawan, dia berasa kagum dengan aktres berkenaan yang tidak meninggalkan ibadah wajib itu di mana sahaja.

"Saya hanya ingin berkongsi dengan pengikut raman sosial saya tentang Fathia yang orang luar tidak tahu. Dia seorang budak yang baik.

"Dia lebih banyak tahu tentang agama dan keluarga dia juga orang yang baik-baik. Sejujurnya saya sendiri kurang ilmu berkaitan agama berbanding dia.



"Sebab itu saya kagum sangat dan ingin buka mata orang luar tentang diri Fathia tidak seperti mana orang lain fikirkan," tuturnya yang berkawan rapat dengan pelakon 'Ariana Rose' sejak tujuh tahun lalu.

Sementara itu, Ridzokumura menceritakan situasi bahawa dia dan Fathia dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen dan mengejar waktu Asar yang sudah semakin habis.

Katanya, mereka juga terperangkap di Lebuhraya Persekutuan akibat kesesakan lalu lintas sehingga membuatkan aktres itu terpaksa bersolat di dalam keretanya.



"Kami dari Subang ke Kuala Lumpur dan waktu Asar ketika itu sudah nak habis dan kami masih berada dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan," katanya yang banyak menjadi pendandan rambut kepada selebriti lain.

Sebelum ini, video pelakon Fathia sedang bersolat di dalam kereta menjadi perbualan hangat netizen.

Fathia menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah dan tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

"Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: