"Alhamdulillah atas kurniaan rezeki ini, @awalhaziq1 @indah_armani korang dah ada adik baru. Korang jangan buli-buli baby boy ye, terima kasih sayangku @miszerna 9 bulan tanpa jemu, melahirkannya kehebatan seorang ibu.

"Pasti Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan," tulis pelakon Zul Huzaimy yang telah dikurniakan seorang anak lelaki pada pagi Sabtu lalu.
Menerusi gambar yang dikongsikan isterinya, Nur Ernawati Mohamad selamat melahirkan bayi itu pada pukul 11.20 pagi di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Namun sehingga kini, Zul belum berkongsi nama bayinya yang lahir dengan 3.48 kilogram itu kepada umum.
Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment