30 April 2018

10 FOTO - NITA HAMZAH KINI SAH ISTERI MOHD FAREEZ


Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Nita Hamzah yang telah sah bergelar isteri kepada Mohd Fareez Shamsul Bahari dengan sekali lafaz semalam.





Difahamkan, pasangan ini dinikahkan oleh adik Nita dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram, Nita berkongsi suasana sepanjang majlis yang berlangsung semasa akad nikah dilakukan.

Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan-rakan rapat pengantin.

Klik untuk gambar besar


Nita yang juga pemenang tempat kedua program realiti Malaysian Idol musim kedua itu berkenalan dengan Fareez sejak empat tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos 2017.

Terdahulu, pasangan tersebut dilaporkan akan melangsungkan pernikahan pada bulan Februari tahun ini namun memilih untuk menundakan majlis tersebut disebabkan mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan.

















www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: