30 April 2018

TAYANG IC - ADI PUTRA KINI WARGA NEGARA MALAYSIA


Menerusi laman Instagram, pelakon Adi Putra telah menjawab pertikaian segelintir pihak apabila berkongsi kepada umum bahawa status kerakyatannya adalah Malaysia dengan memuatnaik gambar kad pengenalannya itu.





Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 37, berkata dia menyedari ramai pihak yang mempersoalkan perkara itu kerana dia pada asalnya adalah warga negara Singapura.

"Ramai menjadi persoalan tentang kerakyatan saya. Memang benar dilahirkan di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia.

"Berniaga syarikat pengurusan umrah dan haji di Malaysia, isteri Datin Hajah Aida Yusof (@adyaidayusof) kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia.

"Saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi dah tiba masa saya umumkan status warga saya ialah Malaysia," kata Adi menerusi IGnya.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen meluahkan pendapat mengenai isu politik memandangkan Adi turut aktif mengikut berkempen sempena Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU14).

Menurutnya, perkara yang lebih penting buat masa kini adalah tanggungjawab untuk mengundi parti pilihan masing-masing. Kata Adi, dia tidak kisah jika ada pihak yang menyukainya namun enggan dibenci oleh Allah.

Tanpa berselindung, Adi memberitahu dia memilih warna biru iaitu parti Barisan Nasional yang digambarkan seperti air dan ombak.

"Yang penting sekarang tinggal 10 hari untuk mengundi, tak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.



"Mahupun saya dibenci, saya terima, asal Allah tak membenci saya. Sekurang-kurangnya semua Petronas di Malaysia menyediakan surau untuk solat sekira terlambat ke masjid, surau dan rumah.

"Akhir kata, saya piih biru, seumpama ombak dan dunia diselubungi air. Pemimpin yang cekap membawa kapal layar, kapal tak akan karam," tulisnya.

Dalam pada Adi turut membenarkan pengikut di laman sosial meninggalkan komen positif atau negatif.

"Mana nak komen silakan mahu yang baik atau buruk. Allah ku satu, jadi aku taat pada yang satu. "Pilihlah mana terbaik mengikut akal tapi bukan nafsu," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: