30 April 2018
MENTOR OTAI - ELVIRA MUNCUL JUARA, BOLOT RM100,000
Tahniah kami ucapkan kepada Elvira yang merupakan protege kepada Misha Omar apabila diumumkan sebagai juara pertandingan Mentor Otai, malam semalam.
Pertandingan nyanyian yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral itu menyaksikan Elvira atau nama penuhnya Elvira Carrie Olga Arul, 39, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.
Dalam pentas akhir tersebut, Elvira menyampaikan dua buah lagu iaitu 'Bukan Dia Tapi Aku' nyanyian asal Judika dan 'Nur Nilam Sari' duet bersama Azlan Typewritter.
Elvira telah menewaskan tiga orang persaingnnya yang tidak kurang hebat iaitu Azee yang juga protoge Zarul Husin, Alina (Siti Sarah) dan AJ (Tam Spider).
Klik untuk gambar besar
Menurut juri tetap, Edry Abdul Halim, Elvira mempunyai kelebihan dari minggu pertama dan dilihat lebih menonjol daripada yang lain.
"Kita nampak kelebihan Elvira dari minggu pertama. Kami ada memikirkan bagaimana mahu membuat keputusan agar masing-masing mendapat peluang.
"Tapi Elvira nampak lebih menonjol dan dia sangat memuaskan hati kami. Dia boleh lakukan persembahan yang baik. Malah, kami rasa penyanyi profesional pun tak mampu nak lakukan persembahan seperti dia," kata Edry.
Azee atau Aznie Ariffin, 41, yang memenangi tempat kedua menerima wang tunai RM50,000 dan tempat ketiga milik Alina Hassan, 50, membawa pulang wang tunai RM20,000.
Manakala AJ atau Kamarol Azril Al’azemi, 42, turut menerima wang tunai sebanyak RM5,000.
Persembahan empat peserta dinilai oleh juri tetap Edry Abdul Halim dan Mark Adam yang mempengaruhi 50 peratus daripada markah keseluruhan.
Manakala markah ditambah pula dengan 20 peratus undian juri awam yang terdiri daripada wakil industri hiburan dan 30 peratus undian atas talian.
Malam kemuncak Mentor Otai itu dihoskan oleh Haziq Hussni dan Elly Mazlein dan turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Kugiran Masdo dan Saleem.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment