06 April 2018

BERKAHWIN SELAMA 2 TAHUN - UPIAK AKUI MASIH 'PERAWAN'


Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Tak Tun Tuang', Upiak Silvia membuat pendedahan bahawa dirinya itu masih 'perawan' walaupun berkahwin selama dua tahun sebelum bercerai selepas ditipu oleh bekas suaminya itu.





Pendedahkan tersebut dibuat Upiak yang turut bercerita kisah hidupnya agak tragis menerusi sebuah program popular di Indonesia, baru-baru ini,

Menurut Upiak, walaupun pernah berkahwin selama dua tahun setengah, dia mengakui tidak pernah melakukan hubungan intim bersama bekas suami.

"Karena, dua setengah tahun menikah, saya masih bisa menjaga itu (kehormatan)," dedahnya yang berasal dari Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat, Indonesia itu bercerai .

Klik untuk gambar besar


Upiak memberitahu, selama berkahwin suaminya tidak pernah membuatkan dirinya rasa ghairah dan mungkin juga belum masanya lagi.

"Sebetulnya mungkin, kerana Tuhan belum mengizinkan saya. Dan, lagi-lagi wanita itu bergantung pada lelaki, berikan mood yang bagus dulu, mungkin baru boleh meluluhkan perempuan," katanya.

Upiak bakal membuat kemunculan kembali di Anugerah MeleTop Era (AME 2018) selepas agak lama menyepi.

Selain Upiak, nama-nama popular yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak kelak termasuklah Awie dan Mus May, Mas Idayu, Ernie Zakri dan Syamel, Hael Husaini, Haqiem Rusly, serta Xpose Band.












www.myartis.com / Sumber: Hangat.com


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: