06 April 2018
ISU FATHIA 'PETIK' NAMA: "APA MOTIF & NIAT DIA' - SUFIAN
Semua mengetahui mengenai pelakon Fathia Latiff yang menukar lirik lagu Sufian Suhaimi, 'Di Matamu' dengan mengaitkan nama bekas tunangnya, Elfira Loy di laman Twitternya baru-baru ini.
Sufian, 26, ketika diminta mengulas berkenaan isu itu berkata, dia tidak tahu apa tujuan dan niat sebenar tindakan aktres tersebut namun berharap ia tidak ada kena mengena dengan hal peribadinya.
"Saya ada tengok muzik video lagu balas Di Matamu nyanyian semula Fathia yang dah diubah lirik. Bagi saya, tak ada masalah untuk dia nak ubah lirik lagu tersebut.
"Tapi apa motif dan niat dia 'memetik' (mengaitkan) nama individu tersebut, saya tak tahu. Tak ada isu pun bab itu.
Klik untuk gambar besar
"Tapi saya berharap ia tidak ada kena mengena dengan hal peribadi saya," katanya yang enggan memanjangkan isu mengenai pelakon drama bersiri 'Ariana Rose' itu
Bagaimanapun, Fathia dalam kenyataan pada Isnin lalu, memberitahu yang dia tiada niat hendak mengambil kesempatan atas kisah putus tunang pasangan berkenaan.
Dalam perkembangan lain penyanyi yang mula popular menerusi lagi 'Terakhir' ini meluahkan rasa teruja bakal membuat persembahan pertama di Istana Budaya sempena Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competitions 2018.
"Sejujurnya memang saya agak gementar sebab ini kali pertama dapat beraksi di Istana Budaya. Walaupun bukan di pentas yang besar tapi ia cukup bermakna bagi saya seorang penyanyi.
"Saya baru dua tahun dalam industri tapi dapat berpeluang untuk membuat persembahan di lokasi yang berprestij ini. Insya-Allah saya akan tampil dengan sesuatu persembahan yang berbeza pada malam itu nanti," ujarnya.
Selain Sufian, malam separuh akhir Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competitions 2018 (MFPSDC2018) ini bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada Syamel, Erni Zakri dan As’ad Motawh.
Pertandingan yang berkonsepkan keindahan dan kreativiti tarian joget serta zapin itu akan diadakan pada 8 Mei hingga 12 Mei depan.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment