06 April 2018
"MEMANG SAYA & ERRY BERCINTA" - KAKAK AIMAN TINO
Kakak kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Fara Hazel yang juga seorang penyanyi mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Erry Putra.
Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri, berkata dia dan Erry mula berkenalan menerusi Instagram sejak lima bulan lalu.
"Memang saya dan Erry sedang bercinta. Kami kenal dah lima bulan melalui Instagram. Buat masa ini, masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing," kata Fara ketika diminta mengulas foto dia dan Erry dimuatnaik peminat yang gembira melihat mereka bersama.
Tambah penyanyi lagu 'Setiaku Pasti' itu lagi, dia belum memikirkan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius. Jelas Fara lagi, keluarganya tidak pernah masuk campur tentang hubungannya.
Klik untuk gambar besar
"Saya tak terfikir lagi soal kahwin atau nak bawa hubungan ini ke peringkat yang serius. Sebab masih baru lagi dan saya pun belum cukup kenal lagi Erry. Begitu juga dengannya.
"Aiman dan ibu bapa saya tak masuk campur sangat tentang hubungan ini tapi mereka tahu," ujarnya.
Dalam pada itu, Penyanyi berusia 22 tahun ini berhasrat melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang komunikasi pada tahun hadapan selepas menamatkan diplomanya tahun lalu.
"Saya masih menunggu majlis konvokesyen pada bulan Oktober depan. Insya-Allah tahun depan ada perancangan nak sambung belajar.
"Mungkin selepas ini saya nak sambung dalam jurusan komunikasi pula atau teruskan je bidang perniagaan," tuturnya.
Untuk makluman, Fara telah menamatkan pelajaran adalam jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak pada tahun lalu.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment