06 April 2018
USAHA DAPAT ANAK KE-2 - YANA BERHABIS RM20K JALANI IUI
"Saya sudah tiga kali mencuba kaedah IUI (Intrauterine Insemination) sejak Disember 2017 hingga Mac lalu namun semua usaha itu tidak membuahkan hasil.
"Doktor menasihatkan saya untuk lebih banyak berehat dan kurangkan pergerakan jika ingin membuat rawatan selanjutnya selepas ini," kata pelakon Yana Samsudin, 33.
Yana memberitahu yang dia berhabis kira-kira RM20,000 untuk kaedah permanian antara rahim (IUI) dalam usaha untuk mendapatkan anak kedua.
Klik untuk gambar besar
Meskipun, ketiga-tiga kali percubaan melalui kaedah itu gagal, Yana tidak merasakan duit yang dilaburkan untuk melakukan kaedah itu satu kerugian.
"Saya tak rasa rugi pun, yang penting kita usaha. Mungkin belum masanya untuk saya mendapat cahaya mata lagi," ujarnya.
Yana dan Fadzil telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung, Aisy Mateenkini berusia 2 tahun.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment