05 April 2018

"TERIMA KASIH TOLONG IBU" - SITI NURHALIZA GEMBIRA SUSUT 14 KG


"Alhamdulillah, hari ini, hari ke-17 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin. Ibu gembira sebab dah susut 14 kilogram (sebab berjaya dan Aafiyah kuat minum susu Ibu).





"Terima kasih anak ibu tolong Ibu. Alhamdulillah," tulis penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 39, yang di laman Instagramnya.

Siti berkongsi berita gembira apabila memberitahu berat badannya susut sebanyak 14 kilogram hanya selepas 17 hari melahirkan anak sulung perempuannya, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu.

Menurut Siti, penurunan berat badannya itu disebabkan faktor dia sering berjaga selain Aafiyah menyusu badan.

Malah penyanyi lagu 'Percayalah' itu turut berterima kasih kepada anaknya kerana telah menolongnya mengurangkan berat badan.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, Siti melahirkan Siti Aafiyah secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara dengan berat 3.55 kilogram.

Penyanyi terkenal itu berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan pada 13 Oktober tahun lalu, dia mengumumkan sedang hamil anak pertamanya.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza pernah berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran yang ketika itu kandungannya baru berusia dua bulan.

Kehadiran Siti Aafiyah menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki.
















www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: